Air Tembikai Laici Untuk Kawannya Yang Sedang Semput

air tembikai laiciAda dua orang kawan setia bersama-sama tidak kira di mana jua mereka berada sekalipun. Salah seorang ingin memesan air tembikai laici untuk kawannya yang sedang semput di sebuah warung yang berdekatan. Katanya untuk diberi minum kepada kawannya yang sedang mengalami semput sesak nafas pada ketika itu. Maka kawan itupun dalam keadaan terdesak mahukan pesanan air itu datang secepat mungkin. Dia meminta pesanan tersebut daripada Pak Medan iaitu si pemilik warung itu. Lalu Pak Medan pun menyuruh kulinya untuk mengambilkan ‘air’ yang berada di atas meja warung tersebut.

Air Tembikai Laici Merupakan Arahan Daripada Doktor?

Si kawan kepada yang sedang semput sesak nafas itu tadi mengesyaki akan sesuatu yang dilakukan oleh Pak Medan, lalu bertanya tentang apa yang disuruh oleh Pak Medan itu sebentar tadi terhadap kulinya untuk mengambil ‘air’ yang berada di atas meja. Si kawan tersebut berasa musykil dan mengharapkan yang berada di atas meja itu adalah air tembikai laici yang dipesan olehnya. Si kawan itu berkata bahawa kawan yang semput itu perlukan air tembikai laici kerana itu merupakan arahan daripada doktor agar penyakit kawannya tersebut dapat segera reda.

Setelah si kawan itu memberitahu Pak Medan akan hal kawannya yang sedang semput sedemikian, barulah Pak Medan memahami akan masalah mereka berdua. Pak Medan menyuruh mereka berdua menunggu dengan sebentar sahaja lagi kerana dijadualkan dalam proses untuk mengambil ‘air’ yang berada di atas meja oleh kulinya itu nanti. Tertunggu-tunggu juga dua orang kawan itu, apakah ‘air’ yang dimaksudkan oleh Pak Medan sebenarnya. Macam ada yang tidak kena.

Taktik Mendapatkan Air Tembikai Laici Secara Percuma

air panas menggelegakSedang mereka berdua menunggu dan memerhati dengan penuh teliti apakah yang dilakukan oleh si kuli Pak Medan itu untuk mengambil ‘air’ yang disuruh oleh Pak Medan tersebut. Fikiran mereka masih menghantui akan ‘air’ yang mereka baru sahaja pesan sebentar tadi. Sambil-sambil mereka tunggu, sambil-sambil itulah mereka menjenguk dari jauh dengan memerhatikannya betul-betul agar penglihatan mereka tidak meleset. Memang bernasib baiklah kalau ada teropong pada waktu itu, tiba-tiba terlintas dalam benak fikiran mereka berdua.

Selepas meneliti sejauh mungkin, maka mereka melihat ada sebuah cerek dari jarak jauh yang diambil oleh si kuli Pak Medan untuk dibawa ke tempat mereka berdua. Dengan pantas mereka berdua cabut lari dari tempat duduk mereka di warung tadi. Sudah mereka berdua menduga bahawa cerek itulah sebenarnya ‘air’ yang disebutkan oleh Pak Medan itu tadi iaitu air panas menggelegak yang akan diberikan oleh Pak Medan kepada mereka berdua. Sungguh mereka tidak menyangka bahawa taktik mendapatkan air tembikai laici secara percuma masih tidak berjaya. Nasib baik mereka berdua sempat lari sekuat hati untuk mengelak diri mereka daripada disimbah air panas dari cerek tersebut.

Semput Sesak Nafas Jika Tidak Ditangani Dengan Baik

Sungguh tidak menyangka bahawa rancangan mereka berdua untuk mendapatkan air tembikai laici secara percuma, menemui titik kegagalan. Mereka berdua menyangka bahawa Pak Medan boleh bertimbang rasa dengan orang ‘sakit’. Sudah diberitahu tentang pesanan tersebut datang daripada doktor (dengan cara bohong), malah orang tua tersebut tidak mempercayai mereka berdua. Mungkin Pak Medan tidak mengetahui bahawa dalam dunia ini ada sahaja orang yang benar-benar alergik terhadap suatu makanan dan minuman.

Mungkin Pak Medan juga tidak mengetahui bahawa ada orang di luar sana yang betul-betul memerlukan suatu makanan atau minuman yang lebih spesifik untuk meneruskan kehidupannya lantaran orang tersebut merupakan kategori satu dalam sejuta yang tidak dirasakan normal seperti orang-orang kebiasaan. Orang tersebut tidak memerlukan makanan kebiasaan kerana alergiknya yang boleh membawa alahan kepada tubuhnya disebabkan tubuh orang itu tidak mahu menerima nutrisi secara sembarangan. Lantaran itu, orang tersebut sangat memerlukan nutrisi yang lebih spesifik untuk meneruskan pencernaan dalam tubuhnya.

Seperti contoh semput sesak nafas jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa maut jika tidak diberikan suatu makanan atau minuman yang khusus dan sepatutnya atau diberikan makanan atau minuman yang tidak sepatutnya juga boleh mendorong tubuhnya menghasilkan alahan secara kronik sehingga boleh menamatkan riwayat orang itu dalam masa yang begitu singkat.

air tembikai laici

loading...
(Visited 92 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge