Barang Keperluan Asas Dapur Dibeli Atau Dicuri?

barang keperluan asas dapur banyakSeorang pengunjung tiba di kedai runcit kerana ingin membeli barang keperluan asas dapur. Abang Haji iaitu pemilik kedai runcit menyambut pengunjung tersebut macam antara layan dengan tidak layan. Mungkin ada sebab kenapa abang Haji berbuat demikian. Semasa pengunjung itu sedang membelek-belek barang keperluan yang hendak dibelinya itu, sambil-sambil dia mencari, dia menanyakan kepada abang Haji tentang harga barang yang dicari itu. Sekejap barang ini, dan sekejap pula barang itu. Sungguh banyak pertanyaan yang ditanyakan mengenai harga barang oleh pengunjung tadi. Nak kata abang Haji sudah letakkan tanda harga pada setiap barang, kemungkinan ada juga barang yang dia terlepas pandang untuk diletakkan tanda harga. Tetapi, takkan pula semacam banyak pertanyaan mengenai tanda harga tersebut. Kalau ada pun, sedikit-sedikit barang sahaja yang abang Haji terlupa hendak letakkan tanda harga. Jadi, abang Haji berasa agak mencurigakan terhadap pengunjung tersebut.

Barang Keperluan Asas Dapur Bukan Main Banyak

Barang keperluan asas dapur yang hendak dibelinya itu bukan main banyak. Antaranya dalam checklist pengunjung itu adalah susu tin, biskut kering, tepung jagung, gula dan sebagainya. Namun begitu, minyak yang sedang naik harga tidak pula ditanyakan mengenai harganya yang terkini. Mungkin bukan niat pengunjung tersebut untuk membeli minyak masak. Sambil-sambil mencari barang yang hendak dibeli oleh pengunjung tersebut, lalu dia pun terjumpalah yang betul-betul berkenan maka dibawanya barang tersebut secara misteri. Apa yang misterinya itu?

Barang-barang yang ingin dibelinya itu sungguhlah misteri. Tidak tahu dia sorokkan di mana barang-barang yang dipilihnya itu tadi. Sama ada pengunjung tersebut mengumpulkan barang-barang pada suatu tempat ataupun dengan cara lain. Namun begitu, tidak nampak sedikit pun barang-barang yang hendak dibelinya itu tersusun secara berlonggok. Ini memang betul-betul aneh. Hajat si pengunjung hendak mengambil bakul dari kaunter hadapan untuk memudahkan dia mengisi barang-barang yang hendak dibelinya itu tidak terfikirkan langsung. Tidak tahu pula pengunjung itu hendak membawa barang-barang yang dipilihnya tadi dengan sebegitu banyak. Namun demikian, dia membawa barang-barang tersebut dengan menggunakan apa? Manalah tahu dia ada membawa beg plastik ataupun troli sendiri semasa mula-mula masuk ke dalam kedai runcit tadi.

Harga Barang Keperluan Asas Dapur Ditanyakan Begitu Banyak

tertanya-tanyaSetelah puas membelek-belek dan bertanyakan tentang harga barang-barang keperluan asas dapur yang hendak dibeli oleh si pengunjung tadi, maka si pengunjung tersebut dengan lenggang kangkung berjalan-jalan menuju ke bahagian hadapan kedai runcit. Tetapi, sungguh menghairankan! Apa yang pelik? Pengunjung tersebut berjalan menuju ke pintu keluar dengan tangan kosong! Sungguh tidak dapat diduga, begitu banyak pertanyaannya mengenai harga barang keperluan asas dapur yang ditanyakan kepada abang Haji sebentar tadi, dan kini berakhir dengan si pengunjung tersebut tidak jadi hendak membeli barang-barang yang dipilihnya tadi, atas alasan bahawa dia terlupa membawa duit!

Mula-mula Masuk Kelihatan Kurus, Baru Hendak Keluar Kelihatan Berisi

Namun begitu, lebih menghairankan lagi ditambahnya pula dengan perasaan curiga abang Haji terhadap si pengunjung itu berkenaan dengan bentuk tubuh si pengunjung tersebut. Semasa mula-mula masuk ke dalam kedai runcit abang Haji, tubuh si pengunjung kelihatan kurus semacam lidi. Baru sahaja hendak keluar dari kedai runcit abang Haji, tubuh si pengunjung tersebut kelihatan berisi semacam berbadan gempal seperti seolah-olah baru sahaja kenyang selesai makan durian! Abang Haji mengesyaki akan sesuatu yang tidak kena terhadap pengunjung terbabit lantas mengeluarkan selaras senapang yang digunakan untuk memburu binatang buas, lalu terus menghalakan ke arah si pengunjung tersebut.

Si Pencuri Menyerah Kalah Kali Ini

senapang diisi peluruAlangkah terkejutnya si pengunjung itu tanpa perlu menoleh ke belakang lagi, sudah terasa tahap gementarnya yang tinggi apabila dia terdengar bunyi selaras senapang milik abang Haji yang sedang dipasang pelurunya itu. Lantas si pengunjung tersebut mengangkat tangannya tanda penyerahan dirinya itu. Si pencuri menyerah kalah kali ini, kerana dia merasakan kekalahannya dengan tidak menyangka bahawa wujudnya peniaga seperti abang Haji yang menyimpan senapangnya seperti pak guard security yang mengawal pintu masuk bank. Namun begitu, abang Haji hanyalah sebagai pemilik kedai runcit yang sentiasa menjadi cashier dan pak guard semata-mata bertanggungjawab terhadap hak miliknya daripada dicuri oleh penjenayah kecil-kecilan dengan menjaga kedai runcitnya yang boleh dikatakan tidaklah seberapa mewah. Kamera cctv pun tidak ada, malah tidak dipasang di kedai runcit tersebut.

Kepekaan Abang Haji Yang Begitu Hebat Sekali

Selama ini, si pengunjung tersebut telah berjaya mencuri barang-barang keperluan asas dapur di kedai runcit merata-rata ceruk kampung. Namun, kali ini dia gagal berbuat demikian kerana perkara yang tidak diduga oleh dirinya itu. Sungguh licik si pencuri barang runcit ini dan juga pandai menyamar dirinya seakan-akan pengunjung yang ingin membeli barang kerana semasa dia bertanyakan mengenai bermacam-macam harga barang keperluan asas di kedai runcit itu tadi, dia telah mengambil kesempatan dalam kesibukannya bertanya kepada abang Haji, iaitu dengan menyembunyikan barang-barang yang hendak dicurinya itu ke dalam pakaiannya sehinggakan dirinya kelihatan seakan-akan gempal secara semula jadi. Nasib buruk si pencuri telah dapat dihidu oleh si pemilik kedai runcit buat kali ini kerana kepekaan abang Haji yang begitu hebat sekali dalam menangani tipu daya dan muslihat pencuri tersebut kerana sebelum ini, abang Haji sudah mempunyai pengalamannya tersendiri dalam bidang ketenteraan sejak dirinya masih muda dahulu. Setelah abang Haji pencen, kerjayanya hanyalah mendirikan sebuah kedai runcit di kawasan kampung tempat tinggal abang Haji tersebut dan juga pergi berburu binatang rusa di kawasan hutan bersebelahan kampungnya itu.

Kesimpulannya, si pencuri tersebut dibawa ke balai polis untuk disoal siasat secara lanjut. Barang-barang yang dicuri oleh si pencuri itu telah selamat diletakkan kembali ke tempat asal di dalam kedai runcit milik abang Haji itu. Demikianlah cerita mengenai barang keperluan asas dapur sama ada dibeli atau dicuri.

barang keperluan asas dapur

loading...
(Visited 194 times, 1 visits today)

One Response

  1. Abe We November 21, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge