Bergurau Ada Batasnya

bergurau ada batasnyaBergurau ada batasnya. Demikianlah apa yang terjadi terhadap si John bersama dengan seorang kawannya yang baru habis melepak di sebuah warung. Mereka berdua mahu pulang pada masa itu. Kebetulan pula hujan pun turun. Jadi, kawan si John mencadangkan kepada dia untuk meminjamkan payung daripada pekerja warung itu. Maka si John pun bersetuju untuk berbuat demikian. Atas saranan si pekerja warung itu, dengan menyuruh si John mengambil payung yang berada di atas meja yang tersedia itu.

Kenapa Si Pekerja Warung Boleh Nampak Payung?

Mula-mula Si John dan kawannya itu percayalah bulat-bulat terhadap si pekerja warung tersebut dengan menjenguk di atas meja yang ditunjuk oleh pekerja warung itu. Tengok punyalah tengok, memang tiada payung yang dicanangkan oleh si pekerja tersebut. Memang betul, tiada payung di situ. Tapi, kenapa si pekerja warung boleh nampak payung yang tersedia di atas meja tersebut? Malah si pekerja itu turut mempelawa untuk mengambil terus payung tersebut? Payung apakah yang dimaksudkan oleh si pekerja warung itu?

Payung Replika Untuk Hiasan Minuman

payung replika hiasan minumanOhooiii… Memang sah. Jilake punya si pekerja warung. Lain yang diminta, lain pula yang ditunjuknya. Ingatkan payung sebenar, rupa-rupanya payung replika untuk hiasan minuman. Boleh pula dia bergurau dengan si John. Pekerja itu memang buta ke atau mental? Tak tahu ke si john itu berbadan besar? Sekali dia hempuk, boleh trauma dibuatnya. Apalagi, si John pun dengan rasa geram terus ‘membahan’ balik si pekerja warung itu dengan tangannya. Inilah akibatnya kalau hidup itu suka bergurau dengan orang yang tidak dikenali perwatakannya malah rupa parasnya pun tidak tengok betul-betul. Kelak menyesal sudah tidak berguna lagi. Habis kaw kaw dibelasah oleh si John itu.

Bergurau Ada Batasnya, Jangan Jadi Seperti Remi Gaillard

remi gaillard animalsBergurau ada batasnya, jangan jadi seperti Remi Gaillard yang mana perwatakannya memang jenis yang hati kering dengan tidak kira orang dia ‘bahan’. Ramai orang menggelarkan dirinya dengan nama Remi Gaillard animals kerana dia selalu membuat rakaman gurauannya yang melampau itu dan membuatkan mangsanya kelihatan marah lalu menggelarkan dirinya sebagai binatang yang tidak ada akal! Dengan mengenakan costume binatang supaya tidak ada orang ramai yang boleh mengesan dirinya ketika dia sedang menyakat dan bergurau senda secara ganas terhadap orang luar yang tidak dikenalinya itu. Kalau nak bergurau pun, kenalah pada tempatnya dan perwatakan orang yang ingin dibuat gurau itu. Semestinya gurauan ada batasnya. Betulkan? Kalau kawan rapat masih boleh diterima lagi. Ini kalau orang yang belum kita kenal, memang sah-sah kena penampar bertubi-tubi ataupun kena keroyok habis-habisan pada masa itu.

Jangan salahkan orang yang memulakan kita dengan tangan, sebaliknya kenalah tengok pada diri kita sendiri, sudah sejauh mana kita telah buat hati orang lain terluka kerana perangai kita yang telah melampaui batas secara kita tidak sedar. Betul, hendak bergurau ada hadnya. Kadang-kadang, apabila sudah terlebih hadnya boleh membuatkan seseorang itu tidak sedar akan tingkah lakunya itu.

Hati Kering Disebabkan Selalu Sangat Suka Bergurau

Justeru, suka bergurau merupakan salah satu faktor hati boleh jadi kering. Ya, hati kering disebabkan selalu sangat suka bergurau dan menyakat orang. Tidak kira masa, tempat atau jenis orang, memang sentiasa ada idea hendak bergurau. Mungkin sepanjang hidupnya selalu tersepit dengan sifat negatif yang membuatkan dirinya sendiri sentiasa berada dalam kemurungan, maka sudah bosan dengan hidupnya yang tidak pernah terhibur tatkala itu. Maka watak ‘dia’ memilih jalan kehidupan yang lain daripada kehidupan orang normal lain untuk berhibur dengan mempedajalkan orang lain.

Apabila sudah berjaya mempedajalkan orang-orang yang lemah, tidak mustahil suatu hari watak ‘dia’ tersebut mampu mempedajalkan orang-orang yang jauh lebih hebat status quo daripada diri ‘dia’.

Bergurau Dengan Kucing Pun Boleh Jadi Tabiat

bergurau dengan kucingOleh itu, janganlah suka mempedajalkan orang yang sedang ‘urgent‘ pada ketika itu. Ibarat bergurau dengan kucing. Bergurau dengan kucing pun boleh jadi tabiat. Semasa kucing itu sedang lapar, tuannya acah-acah bagi makan kepada kucing miliknya itu. Memang kucing itu akan memendam perasaan ataupun merajuk dengan tuannya tatkala pada waktu itu. Sekejap, mari tengok gambar kucing cute sedang makan. Adeh, tengok sahaja gambarnya di atas.

Itu pun kalau kucing jenis baka yang tidak garang, senang-senang boleh dibuat gurau. Cuba kalau kucing itu jenis baka yang garang, sudah lama kucing tersebut menerkam tuannya sendiri. Kalau kucing pada masa itu merajuk, memang nasib tuannya baik kalau boleh jumpa balik kucing dia. Sehari suntuk memang tidak akan pernah jumpa kucing kepunyaannya semula. Entah mana kucing tersebut membawa diri. Baik tunggu dalam beberapa hari kalau kucing itu ingat balik jasa baik tuannya yang selalu beri dia makan. Kalau masa itu ada tuan baru yang ingin menyogok kucing itu dengan makanan yang lebih sedap lagi, maka boleh berputih mata tuan lama dia. Akhir kata, jikalau mahu bergurau ada batasnya.

bergurau ada batasnya

loading...
(Visited 180 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge