Buang Sampah Sembarangan Sudah Menjadi Tabiat!

buang-sampah-pada-tempatnyaBuang sampah sembarangan sudah menjadi tabiat manusia pada masa kini. Tidak kira tempat bahkan di taman rekreasi yang serba cantik keindahannya pun turut menjadi mangsa dengan kepelbagaian jenis plastik makanan ringan yang dibuang secara merata-rata tempat tanpa ada kesedaran sivik. Kalau sampah organik bolehlah dibuang begitu sahaja di atas tanah kerana sampah tersebut boleh diurai ke dalam tanah! Sampah plastik langsung tidak boleh diuraikan ke dalam tanah. Itulah masalahnya! Segelintir manusia yang mempunyai tabiat suka membuang sampah plastik secara merata-rata inilah yang akan memberikan kesan dan impak terhadap alam sekitar apabila dilakukan secara berulang-ulang kali.

Buang Sampah Sembarangan Atau Buang Sampah Pada Tempatnya?

Walaupun majoriti yang mempunyai tabiat buang sampah pada tempatnya iaitu di dalam tong sampah pun belum tentu cukup untuk mengatasi masalah golongan minoriti yang boleh dikatakan segelintir manusia tidak menunjukkan kesedaran untuk memelihara alam sekitar. Agak-agak mereka yang masih belum sedar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar tersebut, yang mana mereka ini sebenarnya sedang menunggu alam sekitar menjadi seperti bala bencana yang datang tidak dijangka seperti banjir lumpur yang diidam-idamkan oleh mereka ini? Betulkah? Disebabkan oleh faktor sikap mereka ini jugalah yang kini sudah menjadi tahap kebiasaan dan tidak boleh lagi diajar dengan cara yang baik dan elok.

Melakukan Tunjuk Perasaan Terhadap Tuan Tanah

Reaksi tuan tanah yakni ‘landlord‘ sangat kecewa terhadap golongan yang tidak menitikberatkan soal kebersihan di dalam kawasan perumahan milik tuan tanah tersebut. Rata-rata penyewa yang menyewa di situ sangat suka membuat kotor dengan membuang sampah sembarangan di merata-rata tempat. Walaupun tuan tanah sudah menyediakan di setiap satu sudut ada sebuah tong sampah, namun sikap para penyewa masih tidak menghiraukan kepentingan untuk menjaga kebersihan kawasan yang disewa itu. Mungkin sikap penyewa itu ada kaitannya dengan apa yang tuan tanah telah lakukan terhadap para penyewa tersebut. Boleh dikatakan rata-rata penghuni di situ tidak menyukai tuan tanah tersebut.

Mungkin ada sebabnya kenapa para penyewa yang menyewa di kawasan itu tidak menyukai tuan tanah. Mereka melakukan tunjuk perasaan terhadap tuan tanah dengan membuang sampah sembarangan merata-rata tempat dengan harapan agar tuan tanah menyedari akan perbuatannya yang membuatkan majoriti penyewa membenci terhadapnya. Persoalannya, apakah yang menyebabkan para penyewa itu benci terhadap tuan tanah tersebut? Jawapan terhadap persoalan itu hanya dapat dirungkaikan oleh tuan tanah itu sendiri. Jika tuan tanah sudah tahu, apa tindakan tuan tanah selanjutnya?

Me-reka Beberapa Buah Tong Sampah

buang-sampah-sembaranganTuan tanah melakukan sesuatu agar kawasan miliknya itu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan tidak ada lagi sampah dibuang merata-rata tempat. Maka tuan tanah me-reka beberapa buah tong sampah yang kelihatan sebiji dengan rupa dirinya. Selepas meletakkan di satu sudut yang senang dijumpai, maka tuan tanah tersebut pun menunggu dengan penuh teliti untuk mengetahui reaksi para penyewa kawasan miliknya. Adakah mereka masih membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan sebentar tadi atau masih lagi membuang sampah sembarangan di merata-rata tempat?

Reaksi Para Penyewa Amaltlah Memberangsangkan

Tuan tanah dapat menduga bahawa reaksi para penyewa amatlah memberangsangkan mengenai dirinya. Mereka menganggap tuan tanah seperti tong sampah yang patut diisi dengan sampah-sampah sedemikian. Boleh dikatakan majoriti para penyewa amatlah benci terhadap tuan tanah tersebut. Nasib tuan tanah amatlah baik kerana kawasan miliknya sudah tidak lagi kelihatan kotor seperti sebelum-sebelumnya kerana para penyewa sudah mendapatkan sesuatu yang boleh ditebus oleh mereka agar amarah dan perasaan geram mereka dapat dilampiaskan dengan cara baik.

Sampah-sampah yang dibawa oleh para penyewa sudah dapat dilepaskan ke arah tuan tanah yang selama ini mereka menganggap diri tuan tanah tersebut sebagai tong sampah iaitu tempat yang hina dan jijik agar tuan tanah tersebut sedar akan dirinya yang selama ini dilabel hina oleh para penyewa disebabkan oleh kawasan miliknya itu seringkali mengalami banyak masalah. Apakah masalah yang sering dialami oleh para penyewa tersebut?

Buang Sampah Sembarangan Nampak Gayanya

Para penyewa sering mengalami masalah gangguan bekalan elektrik dan air sehinggakan aktiviti harian para penyewa kawasan tersebut amatlah terjejas. Amat sukar bagi mereka untuk melakukan kerja-kerja harian dalam rumah seperti mandi, membasuh pakaian, menggunakan perkakas elektrik dan seumpamanya jika sering terjadi gangguan bekalan sedemikian. Mereka mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti dalam rumah tersebut di luar kawasan yang mereka tinggal sama ada menumpang rumah saudara atau kenalan rapat, membasuh pakaian di kedai dobi, menumpang masjid buat sementara waktu dan seumpamanya agar kehidupan mereka dirasakan selesa buat sementara waktu.

Puncanya adalah disebabkan tuan tanah belum menjelaskan yuran penyelenggaraan (maintenance) kepada tuan penyelenggaraan kawasan milik tuan tanah tersebut. Tuan tanah hanyalah sekadar pemilik kawasan tersebut, tetapi kawasan miliknya itu boleh menjadi lumpuh sekiranya tidak diurus dan diselenggara dengan cara berkesan. Sekiranya tidak diselenggara dengan baik, maka kawasan tersebut boleh dikategorikan sebagai kawasan yang tidak terurus seperti kawasan berhantu.

Tuan tanah menyalahgunakan wang pembayar sewa dengan berjoli sakan sehingga dia belum menjelaskan lagi wang selenggara kawasan miliknya itu. Itu adalah masalah dirinya kerana sikap boros tuan tanah itu sendiri dan patutlah para penyewa menganggap diri tuan tanah sebagai tempat sampah dan mereka harus buang sampah sembarangan nampak gayanya ke dalam kawasan milik tuan tanah itu kerana kawasan milik tuan tanah tersebut sudah berupa ‘sampah’ yang belum diselenggara dengan begitu baik.

buang sampah sembarangan

loading...
(Visited 149 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge