Kalau Setakat Pandai Berlakon, Memang Bertuahlah…

mengintai anak dara orangSeorang pemuda bernama Mamat mengajak rakannya mengintai adik Damak yang sedang bermandi-manda di sungai. Sangkaan mereka, Damak pergi ke kampung seberang dan tidak berada di tempat adiknya mandi. Rakannya si Mamat ini menolak ajakannya kerana rakannya tahu kalau sampai Damak dapat tahu rancangan jahat mereka, kalau tak untung, maka mereka akan teruk dibelasah kaw kaw oleh si Damak. Damak tidak tahu yang Mamat mempunyai kelebihan yang tersembunyi. Kalau setakat pandai berlakon, bagi Mamat amatlah mudah dan lebih dari itu pun dia boleh lakukan. Jadi, rancangan tersebut si Mamat sahaja yang sanggup pergi secara berseorangan. Kawan Mamat sudah lama menyerah kalah.

Kalau Setakat Pandai Berlakon

kalau setakat pandai berlakonSetelah sampai ke tempat yang ditujunya itu, lalu si Mamat mengintai di sebalik batu besar sambil merangkak. Tanpa disedari, si Mamat terdengar bunyi suara orang yang sedang berdehem-dehem di atas batu besar tempat dia mengintai adik Damak yang sedang bermandi-manda itu. Setelah si Mamat dapat mengecam suara yang berdehem itu tadi, dengan pantas si Mamat berpura-pura mengambil air wudhuk di tepi sungai itu.

Dalam hati si Mamat pada masa itu, jantungnya berdegup sangat kencang sambil dirinya berasa kecut dan takut berbaur selamba untuk mengelakkan langkahnya dihidu oleh orang yang berada di atas batu besar itu. Kalau kawan si Mamat hendak mencuba jadi seperti diri dia, sudah pasti boleh terkucil pasal dia masih budak mentah lagi katakan. Kalau boleh jadi seperti seorang budak pandai berlakon pun tidak mengapalah juga!

Kenalah Jadi Seorang Manusia Pandai Berlakon

Orang yang berada di atas batu besar itu adalah Damak yang disangka oleh si Mamat itu tadi sudah pergi ke kampung seberang. Rupa-rupanya sangkaan si Mamat pada awalnya itu meleset, lalu tertipunya dia dengan gerak hatinya sendiri. Dalam hatinya berkata, “Mujur kawan aku yang aku ajak tadi tidak ikut sekali rancangan jahat aku, takut-takut dia tidak pandai berlakon macam aku, tahu-tahu jer dia kena belasah sampai lunyai oleh si Damak. So, kenalah jadi seorang manusia pandai berlakon.

Demikianlah yang boleh kita ambil pengajaran kalau setakat pandai berlakon, memang bertuahlah buat diri kita kerana dapat diselamatkan dari situasi bahaya yang datang tidak diduga. Sekurang-kurangnya orang luar cuma boleh hidu tabiat manusia yang pandai berlakon tersebut sebagai manusia aneh di dunia. Betul, siap boleh sampai ke seantaro dunia lagi itu! Paling buruk pun, orang boleh hidu seseorang itu semacam manusia purba yang jakun dan lebih dikenali sebagai manusia berpakaian cawat kerana ianya pelik dan lain dari yang lain. Jadi, tingkah laku yang dibuat-buatnya itu terbukti membuahkan hasilnya dalam ‘dunia’ penyamaran baginya yang begitu sukar.

kalau setakat pandai berlakon
loading...
(Visited 242 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge