Kecil Kecil Cili Padi Sudah Pandai Mencuba Selera Orang Tua

kecil kecil cili padiSi Atuk yang bergelar abang Mat yang berjiwa muda, lalu membawa seorang cucunya pergi minum pagi di kedai Janda hujung kampung sana. Cuma abang Mat hanya memesan kopi-o sahaja, sedangkan cucunya kelihatan kecil kecil cili padi kerana sudah pandai memesan kopi tongkat ali, ditambahnya pula dengan telur ayam kampung separuh masak bercampur madu lebah yang merupakan selera orang tua. Habis itu, apa reaksi abang Mat pada ketika itu? Sama ada dirinya selamba ataupun terkejut melihat gelagat cucunya itu, mari kita saksikan selanjutnya.

Kecil Kecil Cili Padi Untuk Mencuba Selera Orang Tua

Tidak padan dengan kecil, iaitu kecil kecil cili padi. Adakah betul? Ya, betul. Sungguh berani dia mengalahkan atuknya. Apa yang dia kalahkan? Sudahlah bawah umur pula itu, tapi seleranya mengalahkan selera atuknya yang berjiwa muda tahap remaja itu. Apa-apa pun, kewibawaan atuknya tersentap dek kerana cucunya yang baru sahaja mengenali dunia orang tua itu. Itulah yang dikatakan, kecil kecil cili padi untuk mencuba selera orang tua.

Atuknya sendiri dengan rasa tidak teragak-agak hendak mengajar cucunya itu erti kesederhanaan hidup seperti kanak-kanak lain yang seumur dengan cucunya itu. Namun begitu, agak begitu sukar hendak dibentuk jika tidak dijernihkan dengan kata-kata yang berunsurkan kematangan bagi seseorang yang baru mengenali dunia orang tua.

Pembelajaran Persekitaran Dunia Orang Tua

dunia orang tuaApa-apa pun tahniah diucapkan kepada atuknya yang telah berjaya melahirkan seorang cucu yang tidak memerlukan pendidikan yang sukar kerana cucunya telah pun belajar melalui pembelajaran persekitaran dunia orang tua kerana cucunya ‘cepat’ untuk belajar tentang apa yang orang lanjut usia tahu akan selok-belok dan cara-cara mengendali ilmu tahap kematangan manusia biasa.

Bagi cucu atuk yang sedang belajar sesuatu yang baru, dinasihatkan supaya tidak terlampau serius untuk mempelajarinya kerana dunia persekitaran sangatlah luas. Sekiranya dia terjebak dengan gejala yang tidak sihat, maka dia akan rugi pada awalnya kerana tiada orang yang boleh beri tunjuk ajar kepada dia untuk mengenali lebih lanjut dunia orang tua tersebut. Si atuknya tidak mampu untuk mengajar cucunya kerana faktor lanjut usia ditambahnya pula dengan sikap egois si atuk itu sendiri.

Sungguhpun demikian, si cucu tersebut hanyalah boleh mempelajarinya sedikit demi sedikit. Bahkan biar pun banyak melakukan kesilapan pada usia kanak-kanak, supaya kesilapan tersebut dapat dipelajarinya dan diperbetulkan dalam pengalamannya mulai dari sekarang untuk kesenangan dalam kehidupannya agar dia dapat berdaya saing bersama dengan orang-orang tua apabila telah meningkat umurnya pada masa hadapan. Syabas diucapkan kepada si cucu atuk yang dilabel sebagai, kecil kecil cili padi. Itulah yang boleh dijadikan contoh terhadap budak-budak muda sekarang. Sudah, jangan serius sangat menghayati artikel ini. Anggaplah cuma sekadar sembang kencang untuk menghiburkan hati yang sedang duka nestapa.

Kecil Kecil Cili Padi

loading...
(Visited 157 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge