Kerana Duit Manusia Lupa Akan Kata-katanya

kerana duit manusia lupaKerana duit manusia lupa akan kata-katanya. Begitulah cerita seorang tok guru yang kehilangan dua anak muridnya itu dalam masa yang begitu singkat untuk membuatkan dirinya terkejut dan beristighfar panjang. Ceritanya, Seorang tok guru mempunyai dua orang anak murid yang sentiasa setia bersama dengannya walau apa pun jua yang berlaku. Sikap anak muridnya yang terlalu ambil berat akan permasalahan yang dihadapi oleh tok guru tersebut membuatkan tok guru itu berasa terharu dan dihormati sepanjang masa. Anak muridnya selalu melihat tok guru itu duduk berseorangan di suatu tempat sehinggakan mereka tidak sampai hati melihat tok gurunya duduk berseorangan dalam keadaan raut wajahnya yang penuh dengan muram durja. Maka mereka berdua pun mengambil keputusan untuk menyapa dan bertanyakan tentang permasalahan yang dihadapi oleh tok guru mereka tersebut.

Tidak Elok Dipendam Sehingga Boleh Mendatangkan Tekanan Mental

Sungguhpun demikian, tok guru mereka masih memendamkan permasalahan yang dihadapi oleh dirinya kerana bimbang akan reaksi anak muridnya setelah mereka mendapat tahu akan permasalahan yang dihadapi oleh tok gurunya itu. Tok guru bimbang akan bebannya itu tidak mampu ditanggung oleh anak muridnya yang masih lagi mentah berkenaan dengan permasalahannya itu. Namun begitu, anak muridnya masih terus mendesak tok guru mereka agar dapat memberitahu kepada mereka berdua tentang permasalahan yang dihadapi oleh dirinya.

Tok gurunya itu sebenarnya memahami akan tingkah laku anak muridnya yang suka mengambil berat akan masalah dirinya itu. Tetapi, tok guru masih tetap berkeras tidak mahu anak muridnya mengetahui mengenai masalahnya. Anak muridnya masih tetap mendesak terhadap tok guru tersebut sehinggakan anak muridnya menyatakan kesanggupan mereka berdua untuk menolong dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh diri tok guru secara bersama-sama. Anak muridnya memberikan nasihat kepada tok guru itu agar tok guru tersebut tidak memendamkan masalah dirinya. Tidak elok dipendam sehingga boleh mendatangkan tekanan mental secara berpanjangan.

Sanggup Berjanji Akan Melakukan Sedaya Upaya Untuk Meringankan Beban Masalah

duit buat manusia lupaSetelah tok guru itu mendengar akan nasihat anak muridnya tadi, maka legalah perasaan tok guru itu kerana tok guru berpendapat, masih ada yang mahu menolong dalam meringankan beban risiko yang dialami oleh dirinya itu. Mulai sekarang, tok guru yakin dan mempercayai akan anak muridnya itu kerana anak muridnya sanggup berjanji akan melakukan sedaya upaya mereka untuk meringankan beban masalah yang dialami oleh tok guru tersebut. Lalu tok guru pun membuka cerita mengenai permasalahan yang dihadapi oleh dirinya itu.

Baru mendengar perkataan “duit” yang diluahkan oleh tok guru terhadap anak muridnya itu, dengan tidak dijangka anak muridnya itu berlari-lari dengan selaju dan sejauh yang mungkin sampai tidak cukup tanah mereka jejak. Tok guru melihat akan perihal mereka berdua itu, terus menoleh dengan penuh rasa terkejut bersama dengan perasaan kecewa yang dialaminya semakin bertambah sehingga menghampiri kepada perasaan putus asa. Tidak sangka anak muridnya itu boleh menjadi seperti itu apabila mendengar perkataan “duit” yang keluar dari mulutnya, tanpa mendengar dahulu luahan hati yang dialami oleh dirinya itu.

Kerana Duit Manusia Lupa Untuk Menjadi Setia

Kerana duit manusia lupa untuk menjadi setia terhadap gurunya itu. Kerana duit jugalah mereka lupa tentang apa yang mereka janjikan terhadap tok gurunya itu. Kerana masalah inilah mereka sentiasa berfikir untuk melepaskan diri mereka daripada permasalahan yang tidak dijangka itu. Kesimpulannya, janganlah sesekali kita terlalu yakin dan percaya akan seseorang itu dari segi tingkah lakunya itu. Boleh jadi itu hanyalah suatu lakonan semata-mata untuk meraih simpati dan untuk mendapat tempat dilubuk hati seseorang yang mempunyai hati yang tulus. Sekiranya mereka dapat memenangi hati manusia yang tulus itu, maka mereka akan berjaya untuk pergi ke ‘next level‘ iaitu mencari kesempatan atas kesempitan seseorang itu.

Dalam kes tok guru ini, anak muridnya seboleh-boleh ingin tahu berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi oleh tok gurunya itu dengan kesanggupan mereka ‘berlakon ala-ala ambil berat‘ sekadar untuk meraih simpati tok gurunya yang bersifat tulus agar tok gurunya dapat memberikan penjelasan mengenai permasalahan tentang dirinya. Selepas anak muridnya mengetahui mengenai masalah yang dihadapi oleh tok guru tersebut, maka anak muridnya terus lupa akan niat baik mereka hendak menolong untuk menyelesaikan masalah tok guru mereka itu. Sesuai dengan ayat, kerana duit manusia lupa untuk menunjukkan bahawa manusia lupa untuk menunjukkan keikhlasannya sebagaimana yang mereka janjikan apabila berhadapan dengan perkara yang mereka tidak menduga ianya berlaku dan tidak mampu untuk melaksanakan perkara sedemikian.

kerana duit manusia lupa

loading...
(Visited 114 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge