Menu Minum Petang Yang Sihat Merupakan Juadah Khas

air milo aisPeniaga warung menyediakan juadah menu minum petang yang sihat dan merupakan juadah khas untuk suatu petang yang hening kebarangkalian. Rashid adalah salah seorang yang hadir pada waktu itu diikuti dengan Tok Malek yang sudah berumur. Namun begitu, minum petang adalah bukan percuma. Si Rashid mencuba untuk memesan air milo ais manakala Tok Malek hanya memesan penyedut minuman sahaja. Si peniaga warung berasa agak pelik dengan permintaan Tok Malek. Manakala si Rashid merasakan seperti serba-serbi ganjil dengan permintaan Tok Malek itu, lantas memerli Tok Malek dengan perasaan annoying.

Menu Minum Petang Yang Sihat Adalah Andaian?

Fikiran si Rashid masih lagi terganggu dengan permintaan Tok Malek tadi yang membuatkan diri si Rashid yang mahukan suasana minum petang yang simple dan sedap terasa seperti kekok dan mengacau suasana pada petang yang hening itu. Menu minum petang yang sihat itu adalah andaian oleh peniaga warung tersebut. Sungguhpun demikian, si Rashid tetap mahukan yang terbaik untuk kelihatan sihat tanpa perlu mengacau suasana dalam fikirannya itu.

Setelah jenuh memikirkan apa yang bermain dalam fikiran si Rashid itu berkenaan dengan permintaan Tok Malek tadi, maka pesanan yang diminta si Rashid dengan Tok Malek telah pun sampai. Si Rashid dengan pantas menyedut minumannya sambil-sambil dia memerhatikan gelagat Tok Malek terhadap penyedut minuman yang dipesan oleh orang tua itu yang dirasakan agak ganjil sebentar tadi.

Masa Muda Melakukan Aktiviti Couple Penuh Suasana Romantik

couple suasana romantikNamun demikian, alangkah terkejutnya si Rashid, Tok Malek dengan riak muka selambanya datang berdekatan dengan diri si Rashid itu lalu menghulurkan penyedut minuman Tok Malek tersebut ke dalam gelas air milo ais milik si Rashid itu. Bertelingkah si Rashid dengan nada terkejut lalu memberikan isyarat ganjil dengan berteriak separa kuat. Tidak menyangka si Rashid terasa seperti betul-betul rapat dengan orang tua lanjut usia ini. Mahu tidak mahu, si Rashid terpaksa berhadap dengan tingkah orang tua itu. Mungkin ada sebab orang tua tersebut melakukan sedemikian rupa.

Seumur hidup Tok Malek semasa umurnya masih muda, seringkali bermesra dengan isterinya suatu masa dahulu. Tidak hairanlah kalau masa mudanya pernah melakukan aktiviti couple bersama-sama dengan isterinya dengan penuh suasana romantik. Terasa mahu mengulangi aktiviti tersebut pada hari-hari tua. Teringat suasana dirinya saat meminum air milo ais bersama-sama dengan isterinya suatu masa dahulu. Ohh.. Alangkah seronoknya. Namun begitu, amat menyedihkan kerana Tok Malek sudah lama menduda kerana isterinya itu sudah lama meninggalkan dirinya pada pertengahan umurnya yang egois berlalu dengan penceraian lantaran diri Tok Malek yang sudah tidak lagi romantik seperti dahulu.

Imbauan Zaman Silam Tak Lapuk Dek Hujan Tak Lekang Dek Panas

Sikapnya yang sensitif pada umurnya sebelum senja sewaktu mengalami proses penceraian suatu masa dahulu itu membuatkan dia teringin mengimbau kembali kenangan manis sewaktu dirinya yang tulen dan ‘open minded‘ bersama isterinya yang tercinta sebelum daripada penceraian tersebut. Maka tidak hairanlah Tok Malek teringin melakukan aktiviti minum petang yang simple dan sedap bersama dengan seseorang yang boleh dikatakan rapat dengan dirinya iaitu duduk berjiran saling jumpa dan tegur katakan. Jadi, menu minum petang yang sihat iaitu air milo ais adalah terbukti berkesan untuk mengubat duka laranya yang telah berlalu sekian lama dahulu.

Dengan terjadinya hal sedemikian, Tok Malek berterima kasih banyak-banyak terhadap Rashid kerana sudi menemaninya minum petang bersama dengannya lalu menghulurkan sedikit saguhati yang berupa wang kepada si Rashid itu dengan harapan agar si Rashid sudi meluangkan masa bersama dengannya untuk imbauan zaman silamnya yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Juadah Yang Boleh Membangkitkan Emosi Baik

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa luangkan banyak masa bersama-sama dengan orang yang tersayang agar diri kita tidak seperti Tok Malek yang memerlukan imbauan zaman silam yang berupa kenangan manis yang paling berharga dan amat diperlukan untuk meneruskan sisa-sisa kehidupannya di usia tua iaitu gaya hidup masa kini.

Jadikan menu minum petang yang sihat adalah suatu juadah yang boleh membangkitkan emosi baik dan amalan gaya hidup sihat sama ada mengingat kembali kenangan manis ataupun mengembalikan mood untuk bekerja pada keesokan hari ataupun seumpamanya yang berkaitan dengan jiwa positif. Jiwa tersebut hendaklah disemai agar tumbuh membesar dan bercabang-cabang akan dahannya dan ranting untuk menjadi seperti pokok besar dan teguh maka itulah diri manusia yang tulen dan sejati.

menu minum petang yang sihat

loading...
(Visited 166 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge