Pelanggan Adalah Sentiasa Betul

customer is always rightAgak-agak Tok bomoh terpedaya atau pelanggan tok bomoh yang lurus? Meskipun begitu, pelanggan adalah sentiasa betul. Kita tidak tahu apa yang betulnya pelanggan tersebut sampaikan tok bomoh akui bahawa pelanggannya mempunyai belaan saka. Tok bomoh pun bukan jenis orang yang diyakini mempunyai kelebihan tersendiri iaitu boleh merawat orang! Bahkan diri dia sendiri pun main teka jenis ‘belaan’ yang dibawa oleh setiap pelanggannya yang sedia berjumpa dengannya. Hendak tahu lebih lanjut, mari kita ikuti kisah selanjutnya.

Pelanggan Adalah Sentiasa Betul Dalam Segala Aspek

pelanggan adalah sentiasa betulSeorang pelanggan tok bomoh mempunyai masalah besar berkenaan dengan emaknya. Pelanggan itu berkata kepada tok bomoh bahawa emaknya ada ‘belaan’. Dan ‘belaan’ itu mahu diserahkan kepada anaknya yang merupakan pelanggan tok bomoh itu sendiri. Maka tok bomoh menyangka bahawa ianya adalah kes berat. Tok bomoh tidak pula menyangka bahawa pelanggan adalah sentiasa betul dalam segala aspek kerana pelanggan merupakan filsafat hidup bagi seorang peniaga. Tok bomoh cuma tahu prinsip diri dia sahaja iaitu, “ada pelanggan, maka adalah duit”.

Dengan demikian, tok bomoh mula menokok tambah cerita rekaannya bahawa belaan saka milik pelanggannya itu sudah lama ‘hidup’ dalam keturunan pelanggan tersebut. Oleh itu, tok bomoh menyuruh pelanggannya membawa pulut kuning berserta sepinggan ayam golek untuk melakukan upacara menghalau belaan saka milik pelanggannya itu.

Pelanggan Berasa Terpedaya Dengan Helah Tok Bomoh

Tiba-tiba, adik kepada pelanggan itu datang ke rumah tok bomoh sambil membawa ‘belaan’ yang disangkanya oleh pelanggan tersebut. ‘Belaan saka’ yang disangka tok bomoh tersebut rupa-rupanya kucing yang tidak sanggup dijaga oleh pelanggan itu kerana kucing tersebut terlalu cepat membiak. Namun begitu, adik kepada pelanggan itu memberi cadangan agar kucing tersebut perlu dibuang ke pasar.

Pelanggan berasa terpedaya dengan helah tok bomoh yang semata-mata mahukan habuan wang kerana pelanggan menyangka tok bomoh serba-serbi tahu segalanya. Namun begitu, tipu helah tok bomoh akhirnya terbongkar disebabkan kecuaian tok bomoh itu sendiri yang menipu mangsa yang bergelar ‘pelanggan’.

Terpedaya Atau Pelanggannya Yang Lurus Semacam Karakternya

pelanggan lurus bendulSelain itu, ada juga dua kemungkinan yang menunjukkan sama ada tok bomoh yang berasa terpedaya atau pelanggannya yang lurus semacam karakternya. itulah yang peliknya. Kenapa mesti pelanggan lurus bendul? Dia punya karakternya lurus betul, tanpa berfikiran luas? Jikalau tok bomoh yang terpedaya, tok bomoh menyangka pelanggannya jenis suka bergurau. Dalam gurauannya, pelanggan tersebut ada berniat ingin menyindir tok bomoh yang suka buat kerja-kerja khurafat dan berharap agar diri tok bomoh itu insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Pelanggan tersebut berharap agar tok bomoh bersara daripada melakukan kerja-kerja khurafat yang menyimpang daripada agama yang bersandarkan kepada khadam yakni belaan jin tok bomoh yang belum tentu setia terhadap tuannya.

Kemungkinan Dia Terikut-ikut Cakap Orang Luar

Jikalau pelanggan itu yang sememangnya jenis lurus bendul dengan mengetahui bahawa ‘belaan’ itu hanyalah tertakluk kepada seekor binatang belaan atau binatang peliharaan sahaja dan tidak tahu apakah sebenarnya maksud disebalik ‘belaan’ yang tok bomoh ungkapkan itu tadi. Itulah kalau percaya bulat-bulat terhadap kata-kata daripada orang lain, kemungkinan dia terikut-ikut cakap orang luar yang mana pendapat orang luar mengatakan bahawa sekiranya mempunyai ‘belaan’, walaupun pelanggan itu menyangka ‘belaan’ tersebut adalah dengan membela kucing atau binatang lain seumpamanya, lalu kena berjumpa dengan tok bomoh! Aduhai pelanggan tok bomoh. Ada juga orang yang berkarakter sebegini. Kesimpulannya, pelanggan adalah sentiasa betul!

pelanggan adalah sentiasa betul

loading...
(Visited 205 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge