Pergi Sekolah Naik Basikal, Basikal Pula Hilang!

pergi sekolah naik basikalPergi sekolah naik basikal adalah kebiasaan bagi golongan majoriti budak-budak sekolah yang mahu belajar menimba ilmu. Seperti biasa, rutin harian Man tiap-tiap hari adalah bangun pagi dan bersiap sedia untuk ke sekolahnya. Tetapi pada pagi ini, Man terbangun lewat pula. Nasib baik ibu Man datang ke bilik Man semata-mata mahu mengejutkan Man yang sedang terlajak tidur itu. Selain itu, ayah Man yang bekerja sebagai penoreh getah yang akan menjalankan rutin harian kerjanya di ladang getah dengan berbekalkan makanan yang dimasak oleh ibu Man tersebut.

Pergi Sekolah Naik Basikal, Basikal Hilang!

pergi sekolah naik basikal elektrikSetelah segala persiapan Man sudah lengkap untuk ke sekolah, lalu Man pergi ke luar rumah untuk memakai kasut. Sedang asyik dia memakai kasut sambil melihat ke arah sekelilingnya, tiba-tiba Man mendapati ada sesuatu yang serba tidak kena. Basikal yang hendak dibawa ke sekolahnya telah hilang! Dengan segera Man menjerit memanggil ibunya yang sedang berada di dapur ketika itu untuk bertanyakan hal mengenai basikalnya yang telah hilang itu. Ibu Man membalas kata-kata Man secara sindiran dalam bentuk pantun dengan berkata,

“Pergi sekolah naik basikal, basikal hilang! Hahahahaa…”

Eh, salah. Gurau sahaja. Takkan ibu Man berperangai sedemikian? Ibu Man sebenarnya membalas jawapan Man dengan menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana letaknya basikal Man. Ini kerana, orang yang terakhir meletakkan basikal Man di tepi rumah adalah diri Man itu sendiri setelah puas Man bermain basikalnya pada petang semalam. Man menyangka basikalnya hilang dicuri orang kerana dia mengesyaki ada orang yang meletakkan basikalnya di tepi rumah semalam. Sudahlah pula, diri dia sendiri tidak tahu di mana dia letakkan basikal yang dia mainkan semalam? Sudah puas dia mencari ke serata pelosok halaman rumahnya, namun masih belum menjumpai basikal miliknya lagi. Lalu Man pun mengeluh panjang,

“Apalah Man, basikal buruk macam begitu pun ada orang nak curi?”

Itu baru basikal buruk, belum lagi basikal elektrik. Rasa-rasanya sudah tidak letak diluar lagi. Tambahan pula, basikal elektrik memang digemari ramai orang dalam kalangan budak-budak sekolah kerana tidak perlu berasa kepenatan untuk mengayuh basikal. Ada masa boleh kayuh basikal secara sekejap-sekejap, dan ada masa pula biarkan basikal itu berjalan sendiri seperti motorsikal! Jikalau mahu memilikinya, segeralah berkunjung ke kedai basikal elektrik yang berhampiran. Ada banyak basikal elektrik untuk dijual. Kedainya yang kelihatan besar itu telah dinaik taraf menjadi kelihatan modern dan banyak basikal-basikal canggih rekaan masa kini sudah tidak lagi terlihatnya ketinggalan zaman. Ini memang fakta!

Ingin Mengimbau Kembali Kenangan Zaman Kanak-kanak

kenangan zaman kanak-kanakKalau hendak diikutkan hati, memanglah kita sebagai insan biasa turut berasa kasihan. Sudahlah lewat bangun tidur. Baru sahaja keluar hendak pergi ke sekolah dalam keadaan tergesa-gesa, basikal pula hilang! Sambil mengelamun memikirkan nasib malangnya itu yang tertimpa sebanyak dua kali, tiba-tiba Man terpandang akan kelibat ayahnya yang baru sahaja muncul dan kelihatan sedang bersuka ria secara syok sendiri tidak jauh dari tempat dia duduk. Lantas Man mendengus dalam hatinya dengan berkata,

“Sudahlah tua, perangai macam budak-budak! Apa semua ini ayah? Ikutkan hati, mahu sahaja suruh ayah pergi sekolah gantikan Man.”

Man tatkala itu sedang berasa geram terhadap ayahnya. Ayah Man datang kepada Man lalu meminta maaf atas keterlanjuran sikap ayahnya seperti kanak-kanak riang yang terlihat lucu. Bagi diri Man, ayahnya sedang membuat lawak bodoh kerana dalam keadaan diri Man yang telah lewat bangun tidur sebentar tadi dan juga akan lewat pergi ke sekolah sekejap lagi. Tetapi bagi diri ayah Man pula, sekadar mahu hiburkan hatinya dan ingin mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak yang mana sewaktu ayah Man pergi sekolah naik basikal seperti diri Man yang ada sekarang.

Terlihat di sini ayah Man adalah seorang ayah yang sporting walaupun pada usia tuanya masih lagi memikirkan hal budak-budak sekolah lagi. Namun begitu, dalam kelucuan si ayah Man tersebut, tidak patut mengabaikan kedatangan awal untuk anaknya ke sekolah kerana disiplin di sekolah masih lagi dikuatkuasakan agar budak-budak sekolah menjadi pelajar-pelajar yang terdidik untuk menepati masa mereka apabila mereka telah berkerjaya pada masa hadapan.

pergi sekolah naik basikal

loading...
(Visited 106 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge