Sikap Terburu-buru Membawa Padah

sikap terburu-buruUsin bermain bola sepak bersama kawan-kawannya di padang sehingga terlajak dari waktu maghrib. Ayah si Usin naik bengang dengan sikap Usin yang mana hari-hari si Usin tidak reti hendak balik ke rumah apabila sudah tiba waktu maghrib. Jadi, ayah si Usin pun datang ke padang dengan sikap terburu-buru membawa padah. Apakah yang akan terjadi sehinggakan boleh membawa padah? Sebelum itu, kita lihat dahulu cara ayah si Usin melepaskan geramnya pada Usin tersebut. Bola yang si Usin mainkan bersama kawan-kawannya di padang bola telah menjadi mangsa. Bola tersebut dikerat oleh ayah si Usin sebagai tanda protes terhadap kelakuan anaknya itu. Si Usin menperingatkan kepada ayahnya bahawa bola tersebut bukan milik si Usin. Namun begitu, ayahnya tetap berkeras dengan tidak mengendahkan peringatan si Usin.

Sikap Terburu-buru Membawa Padah Tanpa Memikirkan Masalah Yang Akan Dihadapinya

Setelah bola siap dikerat dua, maka si pemilik bola yang bertubuh sasa yang turut bermain bola di padang bersama si Usin muncul lewat berkemungkinan ada hal lain pada masa itu lalu tampil bersuara keras menyatakan kemarahan terhadap orang yang mengerat bolanya itu. Bapa si Usin pada masa itu merasakan ketakutan bukan kepalang lalu dengan pantasnya dia menyorokkan dirinya di atas papan gelongsor. Ia disebabkan oleh tingkah laku ayah si Usin dengan sikap terburu-buru membawa padah itu tadi, iaitu dengan mengerat bola tanpa memikirkan masalah yang akan dihadapinya itu nanti. Kelihatan itulah padahnya ayah si Usin kerana tidak mendengarkan nasihat anaknya itu tadi.

Tetapi bukan itu puncanya. Puncanya yang sebenar adalah si Usin itu sendiri kerana si Usin langsung tidak mengikut nasihat ayahnya sendiri. Boleh dikatakan hari-hari ayah memperingatkan kepada si Usin untuk segera balik ke rumah apabila tiba waktu maghrib. Perangai si Usinlah antara penyebab kepada egonya seorang ayah untuk tidak menghiraukan nasihat anaknya itu agar ayahnya tidak mengerat bola itu tadi.

Hendaklah Membuat Kesepakatan Dan Perjanjian

membuat kesepakatan dan perjanjianJadi, penyelesaiannya adalah berjumpa dengan pemilik bola lalu membuat permohonan maaf terhadap si pemilik bola atas kelakuan ayah si Usin dalam keadaan terburu-buru itu tadi, dengan bual bicara yang baik, lalu mereka berdua hendaklah membuat kesepakatan dan perjanjian bahawa ayah si Usin wajib menggantikan bola yang baru untuk si pemilik bola itu manakala si pemilik bola tersebut wajib memperingatkan kepada si Usin agar si Usin dapat segera balik ke rumah tepat pada waktu maghrib. Itulah yang dikatakan muafakat membawa berk at.

Jikalau si Usin tidak mahu berbuat demikian, maka terserahlah kepada si pemilik bola itu untuk mendenda si Usin ataupun mengajar si Usin agar dia dapat mendengar nasihat dan menghormati ayahnya. Jadi, si Usin tidak akan mengulangi lagi kesilapan dia yang terdahulu supaya dia menjadi anak yang mendengar kata ayahnya.

Berani Mengambil Keputusan Kerana Mahukan Kebenaran

berani mengambil keputusanOleh itu, dapat disimpulkan bahawa kalau kita mendengar nasihat dan hormat permintaan orang, seperti anak hormat dan mengikut perintah ayahnya, maka orang tua atau ayah kepada anaknya itu akan bertambah sayang kepada anaknya lalu ayahnya akan memberi sokongan padu terhadap anaknya untuk bergiat aktif dalam sesuatu minat yang ditonjolkan oleh anaknya itu.

Jikalau kita berani mengambil keputusan, itu tandanya kita mahukan kebenaran. Benarlah apa yang ayah si Usin buat iaitu dengan mengerat bola yang disangkanya bola itu milik si Usin sebagai tanda protes terhadap sikap anaknya yang tidak hormat pada diri dia berserta berlebih-lebihan dalam sesuatu minat. Itulah yang dikatakan berani membela kebenaran dan keadilan. Eh, betulkah?

Kesan Terhadap Keputusan Dengan Sikap Terburu-buru

Sebaliknya, jikalau kita takut pada suatu perkara, adalah disebabkan oleh kesan terhadap keputusan dengan sikap terburu-buru itu dalam melakukan suatu perkara tanpa berfikir panjang. Selepas ayah si Usin sedar bahawa bola yang dikerat itu bukan milik anaknya, maka ayah si Usin menyedari akan dirinya dalam membuat keputusan yang salah. Tindakannya sungguh jelas. Kesan terhadap tindakan boleh mendorong ayah si Usin menyedari akan perilakunya yang salah itu. Maka tindakannya yang salah itu tercetus di luar kewarasan ayah si Usin sehinggakan dia menjadi takut hendak bersemuka dalam keadaannya itu.

Sikap Terburu-buru Membawa Padah

loading...
(Visited 184 times, 1 visits today)

Leave a Reply

CommentLuv badge