Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk Peperiksaan

teknik belajar yang berkesan untuk examTeknik belajar yang berkesan untuk peperiksaan dapat diilhamkan melalui kes-kes minoriti seperti berikut. Tetapi kalau ada sesiapa mahu mencubanya, maka tidak mengapalah. Atas kehendak diri masing-masing. Sekiranya berjaya, bolehlah meraikan kejayaan atas usahanya itu dengan pergi makan di KFC. Ceritanya begini, ada seorang guru kelas kepada anak murid kelas bawahan sedang curi-curi dalam memerhatikan tingkah laku hal anak-anak muridnya itu sewaktu berada di luar waktu kelas. Guru tersebut dapat meneka dan meng-expect berkenaan dengan apa yang anak-anak muridnya sedang lakukan pada masa-masa begini, lalu dia pun menuju ke bilik rehat bersebelahan kantin. Di situlah terdapat ramai anak muridnya yang kini sedang bersantai menonton tv di ruang tamu bilik rehat tersebut. Apa yang mengejutkan hanyalah sekelompok anak-anak murid kelasnya sahaja yang berada di situ. Ini bermakna murid-murid kelas lain tiada di situ!

Teknik Belajar Yang Berkesan Untuk Peperiksaan Dengan Saling Memberi Tumpuan

teknik belajar yang berkesan untuk examSetelah guru tersebut menemukan apa yang anak-anak muridnya sedang lakukan itu, lalu guru itu pun membentak dan menempik terhadap semua anak muridnya itu dengan mengatakan bahawa ujian akan diadakan pada keesokan harinya. Namun begitu, tiada seorang pun dalam kalangan anak muridnya yang mengendahkan kata-kata guru tersebut sehinggalah guru itu mahu menyiasat tentang apa yang anak-anak muridnya itu sedang menonton rancangan di kaca tv. Setelah diteliti oleh guru tersebut, terbukti bahawa mereka sedang mempelajari sesuatu perkara secara beramai-ramai. Mereka mempelajari dan merujuk kertas-kertas peperiksaan pass year exam dengan melalui format pdf yang dihubungkan dengan kaca tv tersebut. Tidak menyangka bahawa itu merupakan teknik belajar yang berkesan untuk peperiksaan bagi sesetengah orang yang masih tidak percaya akan teknik tersebut. Cuma cara pembelajaran itu perlulah diwujudkan dengan dorongan dalam suasana persekitaran yang saling memberi tumpuan dan tolong-menolong antara satu sama lain bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan.

Jikalau dorongan diwujudkan dengan memberikan tumpuan terhadap kes-kes sedemikian, maka tidak hairanlah kalau anak-anak murid itu boleh mencapai kejayaan dalam peperiksaan bersama-sama. Cuma dengan syarat mereka semua perlulah bekerjasama dalam menyelesaikan persoalan satu demi satu agar kesefahaman di antara mereka terjalin untuk mereka ingati memory kerjasama tersebut sehingga ke hari peperiksaan nanti. Justeru, salah seorang anak murid menyatakan bahawa kalau menggunakan cara belajar tersebut, barulah timbulnya rasa semangat hendak belajar. Betul, sudah tentunya boleh mendatangkan kejayaan dalam peperiksaan, tetapi haruslah berdisiplin dengan memberikan kerjasama sewaktu dalam pembelajaran tersebut. Asalkan kalau ada murid yang menyumbangkan sesuatu jawapan dalam perbincangan mengenai sesuatu permasalahan, hendaklah semua di antara murid-murid tersebut “curi-curi” tumpuan sebagaimana mereka ingin mencuri tumpuan terhadap suatu pameran yang rare, dengan harapan agar tiada ahli yang tercicir dalam perbincangan pembelajaran tersebut.

Berlagak Pandai Tapi Bodoh

berlagak pandai tapi bodohDalam melaksanakan kerjasama terhadap sesuatu pembelajaran, maka hendaklah bagi setiap orang untuk tidak berlagak pandai seolah-olah mereka tahu akan persoalan itu. Sudahlah berlagak pandai tapi bodoh. Kita seharusnya jujur dengan situasi tersebut kerana kita tidak dibenarkan untuk mempermainkan situasi pada saat-saat genting terutamanya di ambang peperiksaan, takut-takut ada yang terluka sekiranya mereka mendapat tahu bahawa jawapan kepada persoalan tersebut hanyalah palsu dan tipuan semata-mata. Sekiranya mereka tahu, maka mereka berasa putus asa lalu berasa frust menonggeng atas usaha mereka selama ini iaitu dengan memberikan kerjasama sedemikian rupa itu tadi. Ada yang lebih teruk, boleh putus kawan!

Namun begitu, kalau mahu berlagak pandai kenalah mengikuti situasi yang lain tetapi bukannya situasi yang genting, okay! Situasinya apabila ada someone tourist yang berasal dari U.S.A mahu bertanyakan mengenai selok-belok jalan ke sesuatu kawasan pelancongan. Kalau kita tidak mampu belajar bahasa inggris dengan cepat, maka bolehlah kita berlagak pandai dengan menggunakan broken english language (kalau tak pandai berbahasa inggeris), boleh menggunakan bahasa isyarat, boleh ber-speaking ala-ala mat saleh celup atau seumpamanya kerana tidak ada dalam kamus watak seseorang yang tidak pandai speaking bahasa inggeris, boleh mengelakkan dirinya untuk tidak melayani orang-orang yang memerlukan pertolongan pada waktu itu. Kalau kita tidak melayani tourist luar negara pada ketika itu, sudah tentu diri kita akan dicopkan oleh tourist itu sebagai kera sumbang. Iaitu jenis orang minda kelas tertutup yang tidak suka melayani orang asing dengan beramah mesra.

Jika berlaku perkara sedemikian, maka tidak hairanlah bahawa kita telah membuatkan orang asing tersebut menceritakan kepada sanak-saudara berserta kawan-kawan rapatnya berkenaan dengan situasi penduduk dalam sesuatu negara yang mempunyai pemikiran kolot dan mundur seterusnya mencemarkan nama baik sesuatu negara yang mana pelancong asing tersebut sudah datang melawat. Kalau ada ramai orang yang tidak mudah mesra terhadap pelancong asing yang datang ke negara kita, sudah pasti orang-orang luar negara tidak berani hendak melawat ke negara kita pada masa akan datang hasil hebahan berita daripada pelancong-pelancong asing yang pernah melawat ke negara kita tersebut.

Hal Yang Sebenarnya Berlaku

hal yang sebenarnya berlakuBerbalik kepada kelakuan kera sumbang seperti yang telah diperkatakan di atas, sebenarnya boleh kita berbuat sedemikian adalah dengan mengikut situasi tertentu. Ya betul, dalam kehidupan kita hendaklah bertindak mengikut situasi yang sesuai agar kita tidak menyesal pada kemudian hari. Cara kelakuan kera sumbang perlulah kena dengan situasi yang betul apabila ada seseorang yang melakukan sesuatu perkara yang boleh membuatkan kita berasa curiga. Lalu kita pun seboleh-boleh hendak menghalang tindakan mereka itu tanpa mengetahui akan hal yang sebenarnya berlaku terhadap orang itu.

Apa yang terlintas dalam fikiran kita pada waktu itu adalah perkara tersebut dilarang sama sekali untuk kita semua lakukan, padahal bukan perkara yang kita fikirkan itu sebenarnya berlaku. Justeru, kita telah berburuk sangka terhadap seseorang itu. Maka, dalam situasi tersebut, kita disuruh untuk menjadi kera sumbang untuk tidak mengendahkan hal berkenaan dengan apa yang orang lain lakukan agar kita tidak berburuk sangka pada orang lain tersebut. Kalau kita ternampak ada sekumpulan orang sedang mengerjakan sesuatu, lalu kita pun ingin tahu apa yang mereka lakukan itu, maka kita hendaklah bertanya kepada mereka secara face to face mengenai aktiviti yang mereka sedang lakukan sedemikian agar tidak timbul salah faham yang membuatkan kita rasa terkilan terhadap tindakan mereka tersebut. Sekiranya kita tidak berani hendak berjumpa secara face to face, maka kita hendaklah menjadi kera sumbang! Sekian daripada cerita yang berkait-kait bermula dari tajuk, teknik belajar yang berkesan untuk peperiksaan. Seterusnya sudah menjadi cerita yang berlainan, tetapi ada juga kaitannya walaupun formula teknik belajar yang berkesan tersebut tidak memenuhi keseluruhan cerita yang telah diketengahkan ini. Apa-apa pun good luck untuk peperiksaan yang akan hendak dijalankan nanti.

teknik belajar yang berkesan untuk peperiksaan

loading...
(Visited 81 times, 1 visits today)

3 Comments

  1. zik November 28, 2016
  2. Global For Life December 3, 2016
  3. titan December 8, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge